Wednesday, October 27, 2010

APPLE PIE




Ingredients
(APPLE PIE Berukuran 24 cm diameter)
250g tepung gandum
150g butter yang sejuk
2 sudu besar gula
secubit garam
750g Apple
25g halia
2 sudu besar air limau
1 sudu kecil serbuk kayu manis
3 sudu besar gula
1 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar Apple jam
Directions


1. Potong butter agak kecil sedikit, masukkan tepung,2
    sudu besar gula dan garam.Tambahkan 2-3 sudu besar air sejuk,
    uli hingga doh lembut.
    Tutup dan sejukkan doh dalam peti sejuk selama 1 jam.

2. Apple di kupas kulit dan dipotong nipis.
    Halia di kupas dan di racik halus.
    Masukkan air limau, serbuk kayu manis,
    3 sudu besar gula dan tepung jagung
    kedalam hirisan apple dan halia, gaul rata rata.

3. Bahagikan doh kepada 2 bahagian,
    salah satu darinya agak kecik sedikit.
    Canaikan doh yang lebih besar
    kemudian masukkan dalam acuan pie
    dan biarkan doh menutupi tepi acuan.

4. Masukkan campuran Apple kedalam acuan.

5. Canai nipis adunan doh satu lagi dan tutupkan ke atas pie.
    Lekatkan dengan menyapukan sedikit air ke atas doh.
    Tekan rapat sambil dibentukkan seperti ombak disekeliling acuan pie.
    Cucuk atas pie dengan garpu beberapa kali supaya
    wap dapat keluar semasa pie dibakar.

6. Bakar Pie dalam ketuhar 200° selama 40-45 minit.

7. Sapu pie dengan jam apple panas panas.

Tip : sesuai dimakan dengan whipped cream atau sos vanille... mmg sedap :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

music graphic